Thursday, September 23, 2010

Menternak lembu di Ladang (Projek SILVER )

Aku nak berbicara sikit tentang berkongsi nih. Kalau bercerita tentang kongsi nih sudah tentu lebih kepada  perniagaan. Aku suka lontarkan idea utk dikongsikan bersama. Bagi yg bersetuju dgn idea ini, aku ucapkan terima kasih. Ramai yg takut benda nih .... rugi, tapi  kalau di monitor betul-betul berkongsi boleh mendatangkan untung. Aku nak kongsi cerita pasal satu projek nih. Dah lama aku fikirkan projek ini dan aku dah mulakan pun. Aku panggil projek nih Projek SILVER, sebab singkatan dari Sistem Ladang Versatil. Aku dah mula projek nih tahun 2007. Versatil menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud berkeupayaan atau dapat disesuaikan utk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi, dll), serba boleh. Untuk permulaan aku namakan Projek SILVER 1.  Dalam tempoh 3 tahun aku masih mencari mekanisma terbaik untuk mencapai result yg dikehendaki. Walau bagaimanapun dalam tempoh ini bilangan lembu aku memang bertambah. So, resultnya ok lah. Insya Allah, jika ada Projek SILVER 2, aku akan rekodkan semua data-data yg berkaitan. Ada konsep yg aku ingin perjelaskan dalam melaksanakan Projek SILVER. Konsep yg akan diperjelaskan ini amat mudah difahami oleh setiap peringkat masyarakat. Tapi perkara yg paling penting pada aku ialah mencari pelabur yg berminat nak join aku..

Konsep

Seperti mana projek lain, projek aku juga mempunyai visi iaitu utk jadikan Projek Silver berkembang di kalangan rakan-rakan dan sahabat handai. Strategi aku adalah utk membina jaringan di kalangan rakan-rakan dgn modal permulaan yg termampu bagi memulakan ternakan lembu. Walaupun projek ini berskala kecil tapi setiap data penting akan direkodkan sepanjang perjalanan projek ini.

Objektif aku utk sama-sama mendapat untung. Konsepnya agak mudah dan aku pun dah melaluinya. Dimana sebelum permulaan projek, aku telah wujudkan 1 kumpulan perkongsian yg terdiri drp 2 team. Team pertama adalah team pengurusan. Team ini bertanggungjawab menyediakan ladang utk ragut & kandang, mengurus hal-hal lembu (cowboy), menjual hasil ternakan, memilih induk betina & baka pejantan, & merekodkan data sepanjang perjalanan projek. Team kedua adalah team pelabur, yg bertanggungjawab menyediakan modal permulaan bagi projek. Modal akan digunakan utk membeli baka pejantan & induk betina. Tidak akan berlaku berlaku pertindihan tanggungjawab di antara kedua team ini. Hasil akan diperolehi selepas lembu-lembu mencapai tempoh matang dan sudah boleh dijual (iaitu selepas 3 tahun). So, pelabur-pelabur perlu bersabar sebab untung dpt bukan dlm masa yg sekejap. Drp untung bersih (setelah ditolak kos pengurusan & operasi) akan dibahagi dua. Team pengurusan dan team pelabur akan mendapat bahagian yg sama banyak. Kalau modal permulaan yg kecil, maka sama-sama lah dapat untung yg sikit. Cuma yg menguntungkan pelabur adalah hasilnya akan berterusan, tanpa perlu turun jaga lembu sebab Insya Allah lembu akan membiak. Yg tak ada ladang pun boleh ternak lembu melalui konsep ini. So, dah boleh tangkap kenapa nama aku silvercowboy atau SC. Masa aku keje dulu SC ni short form utk special characteristic kalau nak tau la. Kalau nak tau jugak aku ni anak jati Perak.

Kertas kerja

Bagi yg berminat nak buat pinjaman, aku boleh bagi draf utk Rancangan Perniagaan tu. Antara kandungannya adalah :
1) Unjuran Aliran Fizikal Ternakan
2) Unjuran Aliran Kewangan
3) Penyata Aliran Tunai Projek 5 Tahun
4) Penyata Untung Rugi Projek 5 Tahun

Aku akan explain dalam attachment tu macam mana hasil akan diperolehi dlm masa 3 tahun setelah lembu-lembu cukup matang utk dijual, sebab ada 3 kumpulan lembu yg boleh dijual dan tidak mengurangkan jumlah unit ternak asas. Boleh rujuk artikel aku yg satu lagi utk faham dgn lebih lanjut.
Aku dah buat pengiraan yg boleh guna utk buat kertas kerja sebab format yg aku gunakan telah diguna pakai semasa pembentangan Rancangan Perniagaan. Aku pernah ikuti kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan selama 2 hari kt KL. Jadi tak payah risau dgn format tersebut. Utk dapat draf ni aku tak caj mahal. Aku akan email attachment kt korang. Utk maklumat lanjut send mesej kt email aku kay atau berhubung dgn lanjut dalam facebook aku ....Amas Saliz. SC